RMS Baltic (1903)
RMS Baltic (1903)

RMS Baltic (1903)

RMS Baltic merupakan kapal laut kepunyaan syarikat White Star Line yang berlayar dari 1904 ke 1933. Berat yang mencecah sehingga 23,876 tan kasar, kapal ini merupakan kapal yang terbesar di dunia sehingga tahun 1905. Kapal ini merupakan kapal ke tiga dari empat buah kapal yang menganggarkan berat 20,000 tan kasar, digelar The Big Four (termasuklah RMS Celtic, Cedric, and Adriatic).Kapal ini dilancarkan pada 21 November 1903 oleh syarikat Harland and Wolff di Belfast dan berlayar dari Liverpool pada pelayaran sulungnya ke New York pada 29 Jun 1904 diketuai oleh Kapten Edward Smith.Pada 23 Januari 1909 (diketuai oleh J. B. Ranson), kapal ini juga telah menyelamatkan mangsa kejadian kapal berlanggar pada kabus tebal antara kapal penumpang White Star Line iaitu RMS Republic dan juga SS Florida berhampiran utara pantai timur Amerika Syarikat, yang menyebabkan kapal penumpang Republic tenggelam.Pada 14 April 1912, kapal Baltic ini menghantar amaran bongkah ais kepada kapal RMS Titanic yang berbunyi : "Greek steamer Athenia reports passing icebergs and large quantities of field ice today in latitude 41° 51' N, longitude 49° 52' W. Wish you and Titanic all success. Commander."[1]Kapal ini juga terlibat dengan operasi menyelamat pada 6 December 1929, apabila kapal ini membantu kapal schooner Northern Light yang tenggelam.Pada 17 Februari 1933, kapal ini belayar ke Osaka, Jepun dimana kapal ini akan dilupuskan.